Archive for the ‘bad thinking’ Category

Pembaris kuning yang jahat.

Saturday, January 21st, 2012

Dah masuk tahun 2012. Lama betul aku tak tulis apa-apa untuk blog ini. Aku rajin pergi blog orang lain. Tapi blog sendiri tak terjaga. Banyak juga komen spam yang masuk. Padam komen. Padam apa yang patut. Upgrade wordpress ke 3.3. Update theme dan edit apa yang patut. Dah macam buat kerja sekolah pula. Tapi kerja sekolah yang tidak dipantau oleh guru.

Sebenarnya, aku cukup kesian dengan guru sekolah zaman sekarang. Ramai yang gagal untuk mendenda pelajar mereka. Guru sekarang, dah tidak boleh denda macam dulu. Dulu, dendanya, tak tahu aku nak kata apa. Memang mengalir air mata kalau kena denda. Tapi kalau denda zaman sekarang, mengalir juga air mata. Tapi yang mengalir tu adalag guru. Kerana duit guru terbang kena bayar saman mahkamah.

Aku teringat akan pengalaman kena denda masa di sekolah dulu. . Antaranya..

Pembaris kuning yang jahat.

Ya. Pembaris tu sangat jahat. Siapa yang cipta pembaris kuning yang panjang dekat 1meter tu, memang kejam sekali. Ya, pembaris kuning tu ada 2 sahaja fungsinya. Sebagai bantuan cikgu-cikgu untuk buat garisan lurus di papan hitam. Yang kedua, untuk rotan dan belasah pelajar yang tidak siap kerja sekolah, yang buat bising dalam kelas, yang menganggu kawan dan juga yang kurang ajar. Pendek kata, kalau ada buat salah masa kat sekolah dulu, memang aku kena pembaris kuning tu. Nama lain pembaris kuning itu adalah roti panjang. Tak payah ceritalah bab sakit atau tidak. Kalau tak sakit, itu bukan pembaris kuning namanya. Baik cikgu lelaki atau cikgu perempuan. Kalau diorang gunakan pembaris itu untuk denda para pelajar, cikgu-cikgu tu akan dapat gelaran. Cikgu jahat. Cikgu kejam. Cikgu tak best. Dan macam-macam gelaran lagi.

TAPI ada baiknya kena denda ni. Sebab aku dan kengkawan aku memang jenis tak makan saman dan jenis suka buat hal kat sekolah, memang pembaris kuning ini adalah musuh sejati. Aku tak salahkan cikgu yang mendenda kami semua. Cuma aku tak suka pembaris kuning itu sahaja. Benci.

Aku main lawan getah pemadam pun, kena hentam dengan pembaris kuning tu. Ada satu kali, sampai patah dua pembaris tu bila kawan aku kena pukul kat bontot dia. Aku sukalah sebab bila dah patah. Mesti aku tak kena kan? Tapi bila dah patah dua tu, cikgu aku ambil bahagian yang patah tu..dia hentam gak aku dan kawan-kawan aku yang masih tak kena hentam lagi. Aduhhh..pemadam getah tu punya pasal, pembaris kuning tu jadi habuannya..

Denda paling unik aku pernah dapat dari pembaris kuning tu. Berdiri menghadap papan hitam. Akan tangan macam pencuri kena tangkap. Disuruhnya pandang papan hitam dan cium papan hitam tu sampai berbekas bibir kat papan hitam. Selagi takde bekas bibir kat papan hitam, jangan berhenti. Cara nak buat berbekas bibir kat papan hitam, cikgu aku hayunkan pembaris kuning itu ke punggung. Kalau tak berbekas dengan sekali hentaman, akan datang 2-3 kali hentaman. Gila tak gila gak la. Aku banyak kali kena denda macam ni. Budak perempuan tak payah ceritalah. Memang suka bila orang lelaki kena denda macam ini.

Itulah kenangan aku dengan pembaris kuning. Jahat. Kejam. Tak berhati perut. Tak ada perasaan. Dan sekarang aku dengarnya pembaris kuning ini dah tak ada. Mungkin sudah diberhentikan penghasilannya dikilang-kilang di seluruh Malaysia. Jadi, protes aku sejak zaman dulu membuahkan hasil. Tak ada lagi pembaris kuning yang akan menghentam punggung para pelajar. Sepatutnya, pelajar hari ini bersyukur.

Mengapa?

Jika pembaris kuning itu masih wujud. Aku berani jamin, korang akan kena denda yang lebih kreatif berbanding apa yang aku dan kengkawan pernah rasa. Oleh itu, sila bersyukur. Dan aku bersyukur kerana kenakalan aku, aku menjadi tahan lasak dan berjaya sehingga hari ini. Aku akur dengan setiap kesalahan aku ketika disekolah dulu. Disekolah itulah aku kenal nombor dan abjad. Kalau tidak, aku tak reti menulis, membaca dan mengira. Bersyukurlah. Syukur kerana ada orang masih tak pandai membaca dan menulis walaupun mereka tak penah kena denda atau rotan.

Entri Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, Lelakiacai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Dah masuk Disember rupanya.

Tuesday, December 6th, 2011

Dah masuk disember, lama betul aku tak menaip kat blog sendiri. Rajin jalan ke blog orang lain aje. Maklumlah, malas.

Dah nak masuk tahun 2012. Sekejap aje masa berlalu. Lagi 9 tahun, akan ke tahun 2020. Mampukan wawasan 2020 akan tercapai?

Malaysia pula kalah 3 perlawanan berturut-turut dalam peringkat kumpulan. Masih ada 3 perlawanan berbaki. Mampukah mereka menang semua perlawanan yang berbaki? Mampukah merkea mengalahkan Jepun, Syria dan Bahrain? Mungkin, jika semua pemain utama tidak cedera.

Apapun, Malaysia makin maju dari pelbagai aspek. Cumaa dari sudut lain, memang banyak yang menyedihkan. Betul tak?

Masa depan yang lebih bahagia.

Tuesday, October 25th, 2011

Lama betul aku tak update apa-apa kat blog ni. Bukan sibuk. Tapi malas. Haha..

Blog ni pun aku just update apa yang aku rasa. Setelah bekerja berhempas pulas dan buat apa yang patut aku lakukan. Aku rasa aku perlu fikir samada wajar atau tidak untuk aku teruskan perjuangan diblog ini atau aku tutup sahaja.

em..Malaysia dapat tempat ke 3 dalam Piala VFF 2011 yang berlangsung di Vietnam. Terengganu dan N.Sembilan melangkah ke separuh akhir. Yue Yue pula disahkan meninggal dunia. Dan macam-macaml lagi berita yang aku dengar dan baca diblog. Dunia blog ini memang tidak mengecewakan. Banyak yang kita boleh belajar dan tahu dalam masa yang singkat. Fenomena blog mungkin sudah bermula. Bila berakhirnya? Aku tidak tahu.

Apapun. Hari ini kena buat kerja. Kerja dengan sungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang setimpal. Kena lebih banyak berusaha untuk mencapai masa depan yang lebih bahagia.