Kita layak ke sukan olimpik?
Wednesday, July 13th, 2011Hari yang kurang best.
Malaysia kalah dengan Arsenal malam ni.
4 gol berbalas 0. Satu jaringan tu pula adalah penalti.
Kan aku dah kata dulu, jaga defense elok-elok. Yang dok bagi penalti lagi apesal?
Bagi aku, lebih baik main bertahan.
Mungkin kita boleh belajar sesuatu dalam aspek pertahanan.
Kita tahu, pemain penyerang mereka tinggi-tinggi.
Jadi, belajar dari situ. Assorb apa yang patut dan belajar
cara untuk handle pemain yang tinggi lampai ni.
Pemain arsenal berbeza.
Mereka ada skill individu yang sangat tinggi diperingkat antarabangsa.
sedangkan pemain kita? cetek skill dan pengalaman.
Jadi, jika kita mahu menang perlawanan ini, semangat adalah pendorong terhebat.
skill, team work dan pengalaman cuma akan membantu sedikit sahaja.
tanpa semangat yang kuat dan jitu, kita akan dikalahkan.
dan dibuktikan pada hari ini.
kita kalah teruk. bukan kalah 0-1 atau 0-2. Tapi 0-4.
Ahh, kita dah kalah.
Tapi aku tetap harap, kita boleh menang lawan Syria, Bahrain dan Jepun.
Menang 3 game tu. Kita layak dah ke sukan Olimpik.