Bercinta dengan awek indonesia
Thursday, May 26th, 2011Aku terbangung tidur ni. Mata dah tak boleh tidur. Jadi, layan internet kejap sambil layan radio. Teringat pula kisah lama. Kisah bercinta dengan awek indonesia. Dia cantik, comel dan petah bercakap. Aku? Kacak, bijak dan pendiam. Hehe..
Kisahnya begini..
Kerana dia mulakan dulu. Jadi, aku sambut tali persahabatan itu. Mulanya memang berkawan. Lama-kelamaan, korang pun tahu apa yang berlaku. Aku akui dia mulai menyukai aku. Aku juga begitu. Yang lebih parah, dia sudah bertunang. Tetapi dia mahukan aku. Dan aku ketika itu bagaikan serba salah. Penentangan dari keluarga aku, apa kata orang kampung, kawan-kawan dan jiran-jiran. Bukan aku takut menongkah arus, bukan aku bencikan orang indonesia dan bukan juga kerana aku tidak setia. Tetapi entahlah, jika aku beri alasan, korang akan kata aku macam-macam..tetapi sejujurnya, aku serba salah..dan akhirnya..
kami berpisah..
kerana apa? Kami faham. Aku faham, dia pun faham. Kami mungkin sukar untuk bersatu.
Dahh, jiwa dah kacau dah ni..baik aku paksa diri aku golek-golek dengan bantal. Mana tahu, boleh tertidur..