Archive for the ‘fun’ Category

Qunut panjang, Qunut pendek

Thursday, August 26th, 2010

Emm…qunut panjang. qunut pendek. Hampeh..

Ps: Dah start leh baca qunut masa solat witir dah semalam..

Zaman Kanak-kanak berpuasa

Friday, August 20th, 2010

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu. kekadang berpuasa, kekadang tak. Kekadang bila mak masak petang-petang, cepat-cepat nyorok bawah meja. Bila mak leka sikit, kita ambil cekodok pisang tu ke, jemput-jemput ke, betik yang dah dipotong ke tembikai ke, timun ke..dan kalau mak gi tandas, siap minum segelas air sirap. Wahh..rasa nikmat yang amat sangat pada waktu tu..

Tapi sekarang dah besar. Dah kawin pun. Dah ada anak pun. Takkan nak buat kerja gila tu. Mahu kena kejar dengan bini baru tau. Kena kutuk dengan anak sendiri nanti, barulah tahu langit ni tinggi ke rendah. Jadi, tahan ajelah. Seronok tengok budak-budak kecil berpuasa. Banyak ragamnya. Macam masa aku dulu-dulu..

Ps: ALhamdulillah, puasa lagi aku hari ini..ada 7 jam lagi nih. Sabar. Sabar..

Uzumaki Naruto

Sunday, June 6th, 2010

You know who is Naruto?

naruto

Kisah naruto. Seorang anak ketua kampung yang dibenci oleh orang kampung kerana didalam badannya ada raksasa jingga yang mempunyai aura yang sangat banyak. Naruto mempunyai ramai kawan walaupun hidupnya sentiasa menderita. Namun, hasil usahanya yang tidak putus asa, ramai yang menyukainya dan menganggap Naruto sebagai kawan mereka. Kini, Naruto menjadi seorang yang boleh dipercayai.

Ps: Layan Naruto sekarang. Hehe..