Keluarga 70 kilogram
Wednesday, April 6th, 2011Bulan lepas, memang bulan yang agak menggembirakan. Salah satu bulan yang membuatkan aku senyum dan sentiasa inginkan sesuatu yang berbeza. Ianya penuh dengan aktiviti dan berjaya membuatkan aku sibuk tanpa henti-henti. Waktu nak makan pun selalu skip dan mungkin dengan itu, aku berhasil mengurangkan hampir 3 kilogram untuk berat badan. DAh jatuh ke 65 kilo..kira ok la tu. Takdelah nak masuk keluarga 70 kilogram plak. Haha..
Dipendekkan cerita, aku harap April ini tidaklah sesibuk bulan lepas. Biar ada masa untuk aku berehat seketika dan aku akui kita perlu rehat yang cukup. Hoho..
Okeh. Waktu untuk kerja semula. Waktu rehat dah habis.