Bertarung dengan bini atas katil
Wednesday, December 1st, 2010Beberapa hari yang lepas, aku demam. Payah gak nak jalan ke sana dan ke mari. Jadi, duduk rumah ajelah sambil melayan astro. Kadang-kadang, hidup kita nih mudah aje. Ada orang kata, hidup kita ni pula membosankan. Dari kecil, pergi sekolah, balik sekolah. Petang, gi main bola. Malam, mengaji. Nonton tv dan kemudiannya tidur. Kalau rajin, wat solat hajat. Bila dah dewasa plak, bangun pagi, pergi tempat kerja. Kena marah dengan bos, naik gaji, kena pecat..pastu, balik rumah. Singgah sekejap kedai, beli itu ini. Balik rumah balik. Ada bini, dia masak. Ada anak, main dengan anak sampai anak tertidur. Petang? Keluar mengeteh dengan kawan-kawan. Malam? Bertarung dengan bini atas katil. Tidak pun, tidur sorang diri kalau salah seorang out-station. Bangun pagi, dan berulang-ulanglah hidup kita. Kalau berbeza pun, pada hari cuti atau hari tertentu. Jadualnya berbeza sikit la..
Jadi, rutin kita sama. Jahat-jahat pun, berbeza sikit je berbanding semalam dan hari ini. Benarkah begitu?