Raya 2010
Wednesday, September 8th, 2010Uihh..dah nak raya. Jadi, dengan rasmiya hari raya kali ini jatuh pada hari ahad. Ini bermakna, kita berpuasa genap 30 hari. Tahun lepas 29 hari rasanya. Tahun punya lepas lepas pun 29 hari. Tahun sudah lepas tu pun 29 hari. Ini plak 30 hari. Mungkin ada sesuatu dengan lebih satu hari pada tahun ini. Mungkin juga malam lailatul kadar tu akan muncul pada malam ini? Itu kita tak tahu. Itu rahsia alam. Bukan setakat 7 benda ajaib kat dunia. Malam Lailatul Kadar ni sampai bila-bila pun kita takkan tahu bila. Yang dah dibocorkan, akan ada 1 malam yang kalau kita beribadat dengan sebaiknya dan mendapatkan keredaan Allah, kita akan dapat pahala umpama 1000 bulan. Wola!
Baju raya dah beli. Sampin dah beli. Kopiah dah beli. Aku tak pakai songkok. Last pakai masa sekolah dulu. Duit raya dah siap-siap dalam seratus dua. DAlam ada singgit atau dua ringgit. Aku letak 1 sampul dapat sepuluh ringgit. Sape yang beruntung, dia dapat lebih la. Haha..
Sementara aku masih bernafas pada saat ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini dan kepada sesiapa yang tersesat ke blog ini. Sesat-sesatlah setiap hari ye. Hehe!