July 13th, 2011
Hari yang kurang best.
Malaysia kalah dengan Arsenal malam ni.
4 gol berbalas 0. Satu jaringan tu pula adalah penalti.
Kan aku dah kata dulu, jaga defense elok-elok. Yang dok bagi penalti lagi apesal?
Bagi aku, lebih baik main bertahan.
Mungkin kita boleh belajar sesuatu dalam aspek pertahanan.
Kita tahu, pemain penyerang mereka tinggi-tinggi.
Jadi, belajar dari situ. Assorb apa yang patut dan belajar
cara untuk handle pemain yang tinggi lampai ni.
Pemain arsenal berbeza.
Mereka ada skill individu yang sangat tinggi diperingkat antarabangsa.
sedangkan pemain kita? cetek skill dan pengalaman.
Jadi, jika kita mahu menang perlawanan ini, semangat adalah pendorong terhebat.
skill, team work dan pengalaman cuma akan membantu sedikit sahaja.
tanpa semangat yang kuat dan jitu, kita akan dikalahkan.
dan dibuktikan pada hari ini.
kita kalah teruk. bukan kalah 0-1 atau 0-2. Tapi 0-4.
Ahh, kita dah kalah.
Tapi aku tetap harap, kita boleh menang lawan Syria, Bahrain dan Jepun.
Menang 3 game tu. Kita layak dah ke sukan Olimpik.
Posted in bad thinking | Tags: apa itu bola, bicara bola, bola sepak, malaysia kalah dengan arsenal, malaysia vs arsenal, peminat arsenal, peminat harimau muda, peminat malaysia, skuad bola sepak olimpik malaysia, sukan olimpik | 1 Comment »
July 2nd, 2011
Dah lama aku tak tulis apa-apa kat sini. Dok sibuk komen blog orang aje. Apapun, aku nak tulis gak hari ini..
Dalam 2-3 minggu ni, banyak betul isu muncul. Isu artis meninggal dunia, isu drama kat tv3, isu Bersih 2.0, isu Astro naik harga, isu malaysia lawan labanon, isu malaysia lawan taiwan. Pendek kata, malaysia ni ada banyak berita yang boleh kita ceritakan. Dekat mana-mana blog pun, semuanya dah tulis. Semua orang ada pendapat masing-masing. Jadi, bacalah dan fahamkan. Bukan menuduh tanpa usul-periksa. Kita boleh baca, tapi percaya tu janganlah sangat. Tak semuanya betul dan semestinya kita tak tahu mana satu berita yang betul. Jika korang yakin, barulah percaya bulat-bulat.
Hari sabtu. Aku tak kerja. Nak duduk rumah, lepak sepanjang masa. Mana tahu, ada hadiah atau surat gembira datang ke rumah? Tengah menunggu sesuatu ni..
Ps: Sedapnya kopi dan roti canai cicah gula ketika sarapan tadi..
Posted in bad thinking | Tags: Isu artis meninggal dunia, isu Astro naik harga, isu Bersih 2.0, isu drama kat tv3, isu malaysia lawan labanon, isu malaysia lawan taiwan, roti canai cicah gula | 1 Comment »
June 7th, 2011
Kadang-kadang, kita nak bersendirian. Mahu berfikir secara satu orang. Tidak mahu ada orang yang menganggu biarpun kita tahu mereka cuma mahu menyenangkan atau mahu membantu.
Namun, kita faham dan kita tahu, kita perlukan masa itu.
Masa untuk berseorangan.
Tidak mahu ada yang mencelah dan tidak mahu ada orang yang membantah.
Mahu bermonolog bersendirian.
Aku pasti, semua orang begitu. Betul kan?
Ps: Congrates tu my friends, titan who manage to get his new nuffnang cheque. Cayalahh!
Posted in bad thinking | Tags: bersendirian, mahu bersendirian, want to be alone | 3 Comments »