Zaman Kanak-kanak berpuasa
Friday, August 20th, 2010Teringat masa zaman kanak-kanak dulu. kekadang berpuasa, kekadang tak. Kekadang bila mak masak petang-petang, cepat-cepat nyorok bawah meja. Bila mak leka sikit, kita ambil cekodok pisang tu ke, jemput-jemput ke, betik yang dah dipotong ke tembikai ke, timun ke..dan kalau mak gi tandas, siap minum segelas air sirap. Wahh..rasa nikmat yang amat sangat pada waktu tu..
Tapi sekarang dah besar. Dah kawin pun. Dah ada anak pun. Takkan nak buat kerja gila tu. Mahu kena kejar dengan bini baru tau. Kena kutuk dengan anak sendiri nanti, barulah tahu langit ni tinggi ke rendah. Jadi, tahan ajelah. Seronok tengok budak-budak kecil berpuasa. Banyak ragamnya. Macam masa aku dulu-dulu..
Ps: ALhamdulillah, puasa lagi aku hari ini..ada 7 jam lagi nih. Sabar. Sabar..